|
Ramadhan semakin hampir.saya sgt teruja.saya sudah pun memikirkan juadah utk 1st day of Ramadhan.mungkin 1st Iftar akan di buat kat umah junior thn 2.maka saya bercadang utk memasak kuih sahaja.saya bercadang utk masak Roti Jala dgn Kari Ayam,kuih Talam Nyonya dan kuih Buah Melaka.bercadang mahu mencuba rehearsal Roti Jala esok malam.this will be my 1st try.moga-moga menjadi.kemungkinan besar akan memasak sahaja di rumah junior tersebut.mungkin membuat kuih Talam Nyonya dirumah sahaja pada waktu pagi kerana agak memakan masa.tambahan pula saya tak mahu membawa byk barang ke rumah junior.harus pulang ke rumah utk bersiap di waktu petang.utk che Eton here's the recipe for kuih Talam Nyonya: Talam Nyonya Bahagian hijau: 6 cawan air pandan(kisar daun pandan bersama air sehingga halus kemudian tapis) 1 cawan gula 3/4 cawan tepung kacang hijau(green peas flour--cuba cari di kedai ice-cream supply--saya menggunakan tpg yg dibungkus oleh Butterwoth Ice Cream Supply) 1/8 sd teh bikarbonat soda pewarna hijau Bahagian putih: 5 cawan santan 3/4 cawan gula 1/2 cawan tepung kacang hijau(seperti di atas) 1/4 sd teh garam 1/8 sd teh bikarbonat soda Cara-cara: 1.Bancuh kedua-dua adunan di dalam periuk berasingan.Biar semua sebati dan tidak ada ketulan. 2.Panaskan di atas api sederhana dan kacau sentiasa sehingga likat dah 'mendidih'(gelembung2 udara muncul di permukaan)**hendaklah dilakukan pada masa yang sama. 3.Sendukkan bahagian hijau dan putih berselang seli sehingga habis ke dalam loyang. 4.Ambil lidi atau garfu dan corakkan.kemudian biarkan sejuk dan keras sebelom dipotong.*anda akan mendapat corak 'swirl' yang cantik apabila di potong. Selamat mencuba.Saya akan upload kan gambar pada 1hb Ramadhan nanti.
|